Monday, November 8, 2010

Robin Hood Melania

Hari ini barulah saya dapat buku yang saya dok cerita sebelum ini. Well macam yang saya jangka buku ini memang Jomo the Catola. Saya nak tukar Prof Jomo kepada Cato Malaya Alaf 21. Suka-suka aje tukar nama orang. Suka hati akulahkan ini blog aku yang punya. Mula-mula saya baca blakang dia dulu. Ehmm, rasa dah sikit menyampah dah. Sampai rumah baca content, baca penghargaan, buka bab pertama ala malaslah aku nak baca tidur dulu.

Lepas terjaga ini, saya tengok balik buku tu, hai rasa nak terus jah simpan dalam rak. Ulang baca balik content, saya terus saja ke zaman kawalan Modal kita. Mamat ni dah sah-sah dia takkan puji dasar itu. Dia kata…(dalam bahasa orang tak sekolah ini) eleh ye kerrr… eleh dah tentu kita memang perbankan kita memang prudent, kalau tak denya kawalan pun kita ok ok aje kut… ala kawal2 ni mengada-ngada aje”

Pastu saya baca bab seterusnya…nak tak nak dia terpaksa mengakulah yang dasar Anwarlah yang telah mengkuburkan beberapa saudagar kontrator Melayu dan juga menguncupkan ekonomi Negara. Anwar ikut nasihat IMF kan. Tapi biasa Si Catos Malaya ni tetap nak lukiskan yang BABI ini adalah hero Marhean gakkkk. Pendek cerita, dia nak cakap Anwar bunuh businessman Melayu elit, Anwar bagi pada pengusaha kecil dan petani Marhaen. Robin Hoodlah gitu.

Tak kisahlah tu. But still again he had to write, dasar meninggikan kadar faedah yang keterlaluan akan menyebabkan kita terpaksa mengundang IMF masuk. Anwar vs Mahathir ini memang sampai bila pun cerita mereka akan jadi epic yang tersegar dalam lipatan sejarah dunia. Sapa sebenarnya hero. Adakah benar Anwar hero Marhaen. Namun saya berpendapat, niat tidak menghalalkan cara.

Membunuh si kaya untuk menaikkan si Miskin bukanlah ajaran Nabi. Nabi tak pergi berperang dengan orang kafir kerana nak merampas harta mereka dan membiayai orang-orang sufi yang tak de kerja itu. Orang sufi pun bukan kerjanya bunuh orang. Mereka berjihad demi Allah. Dan sangat kejilah jika ada yang mau menyamakan Nabi dengan Robin Hood.

Namun kita tau naluri membunuh sentiasa ada dalam diri setiap insan, cuba yang membezakan kita betapa kuat darjah keinginan kita untuk membunuh, dan berapa upaya dan kurdat kita boleh menjalankan keinginan ini. Anwar sudah membuktikan yang dia tidak teragak-agak mem”bunuh”. Tapi kita dalam kemelut ekonomi yang lalu, kita haru buka hati dan perasaan kita, jauhkan dari prasangka, untuk membolehkan kita melihat dengan jelas dan mengakui hakikat, yang ter”bunuh” itu hanya orang kita sahaja.

Will I read the whole book? Saya rasa tak payahlah. Buat saya lebih menyampah lagi dengan Si Cato Malaya ini aje. Kasi menyampah saya hilang dulu. Nantilah kut, dah pencen-pencen esok saya bacalah.

No comments: